1.            FALSAFAH

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

 

 

2.            MATLAMAT

Matlamat SMJK DINDINGS

Adalah Untuk Melahirkan Pelajar-Pelajar Yang Berilmu,

Berminat Ke Arah Teknologi Maklumat Komunikasi,

Berakhlak Mulia, Berketrampilan,

Serta Berupaya Memberi Sumbangan Terhadap

Agama, Bangsa Dan Negara

Selaras Dengan Matlamat Negara Menuju Ke WAWASAN 2020.